fbpx

Banjir: 62 mangsa masih berlindung di PPS Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian mangsa banjir yang berlindung di SK Tok Deh, Rantau Panjang dekat Pasir Mas semalam. FOTO ROHANA ISMAIL

KOTA BHARU – Seramai 62 orang mangsa banjir daripada 14 buah keluarga masih berlindung di dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi tadi.

Jumlah itu mencatatkan penurunan sebanyak 46 orang berbanding petang semalam meskipun hujan berterusan melanda kebanyakan kawasan di negeri ini sepanjang malam tadi.

Sekreteriat Pengurusan Banjir Negeri Kelantan dalam satu kenyataan berkata, dua buah daerah yang masih terjejas banjir ialah Pasir Puteh dan Pasir Mas.

Menurutnya, sebuah PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Wakaf Raja, Pasir Puteh menempatkan seramai 30 mangsa daripada tujuh buah keluarga.

“Di Pasir Mas pula, PPS SK Tok Deh menjadi tempat berlindung kepada 32 orang mangsa banjir daripada tujuh buah keluarga.

“Enam sungai utama di negeri ini menunjukkan bacaan normal kecuali Sungai Kelantan di Tangga Krai dan Temangan berada pada paras berjaga-jaga,” katanya.

Menurut kenyataan tersebut, selain itu, paras Sungai Kelantan di Kuala Besar sudah berada pada tahap amaran manakala Sungai Golok di Rantau Panjang kekal mencatatkan paras bahaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI