fbpx

Amaran hujan lebat buruk di Terengganu, Kelantan hingga Ahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (buruk) melibatkan negeri Kelantan dan Terengganu berkuat kuasa sehingga Ahad ini.

Dalam masa sama, amaran itu turut melibatkan negeri Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, berdasarkan analisis model-model cuaca, luruan monsun dijangka berlaku sehingga Selasa depan.

“Pada masa sama, satu sistem cuaca tekanan rendah sedang terbentuk di Laut China Selatan dan dijangka bergerak ke barat.

“Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di Pantai Timur dan utara Semenanjung serta angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, amaran angin kencang dan laut bergelora turut dikemas kini berkuat kuasa sehingga Selasa depan.

“Di negeri-negeri lain pula, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang masih berpotensi berlaku dalam tempoh berkenaan,” ujarnya.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI