fbpx

Agong lepaskan misi bantuan banjir Ulu Tembeling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Kampung Bantal, Hamdan Ali Jabar Dollah ( kiri ) menerima bantuan makanan kering musim banjir daripada Seri Paduka di pinggir Sungai Tembeling, Ulu Tembeling hari ini.-Foto SALEHUDIN MAT RASAD

JERANTUT – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melepaskan misi penghantaran barangan keperluan makanan ke pangkalan hadapan Mukim Ulu Tembeling di Masjid Kampung Kuala Sat hari ini.

Al-Sultan Abdullah menunaikan solat Jumaat di Masjid Kg Kuala Sat bersama rakyat yang turut disertai anakanda baginda, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Turut serta Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Mufti Pahang, Datuk Dr. Abdul Rahman Osman.

Selepas selesai solat Jumaat, Seri Paduka Baginda berkenan menyampaikan sumbangan kepada 200 asnaf terdiri dari enam kampung tradisional dan masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Kucing.

Baginda seterusnya menyampaikan bakul makanan bernilai lebih RM814,000 kepada enam Pengerusi Jawatankuasa Pangkalan Mukim Hulu Tembeling. Kampung terlibat ialah Kampung Kuala Sat, Kampung Bantal, Kampung Pagi, Kampung Gusai, Kampung Mat Darling dan Kampung Orang Asli Sungai Kucing.

Sebelum berangkat pulang, baginda berkenan melakukan ziarah kasih lima buah rumah bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI