fbpx

Bibir tidak mudah kering dengan lipmatte Nice With Me

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIPMATTE Nice With Me dirumus dengan bahan-bahan berkualiti tinggi.

PENGGUNAAN lipmatte pada masa kini dilihat begitu popular. Bukan sahaja wanita, golongan lelaki turut menggunakannya.

Penggunaannya bertujuan mengekalkan tekstur bibir agar terus lembap serta membantu melindungi bahagian berkenaan agar sihat tanpa masalah seperti merkah atau kusam.

Menyedari perkara tersebut, syarikat Bumiputera, Winwan Health & Beauty (Winwan) tampil memperkenalkan produk lipmatte berjenama Nice With Me.

Pengasasnya, Wan Shariza Wan Halim berkata, Nice With Me merupakan buah tangan terbaharu dan sulung syarikatnya dalam kategori kosmetik selepas berjaya dengan produk minuman kesihatan sebelum ini.

“Nice With Me dirumus menggunakan bahan premium berkualiti tinggi seperti minyak argan, vitamin C dan E, sekali gus menjadikan bibir pemakai kekal lembap serta bersinar.

“Ia juga mengambil masa selama sebulan untuk proses kajian dan penyelidikan (R&D) di makmal bagi memastikan produk ini benar-benar berkualiti, selamat serta bermutu sebelum sampai ke tangan pengguna,” katanya ketika ditemui Aura baru-baru ini.

WAN SHARIZA menunjukkan lipmatte Nice With Me yang dikeluarkan oleh syarikatnya.

Jelas Wan Shariza, apa yang membezakan lipmatte keluarannya dengan pesaing lain adalah dari segi tekstur yang jauh lebih ringan dan terbukti tahan lama.

“Nice With Me tidak sama seperti lipmatte lain di pasaran kerana membuatkan bibir tidak mudah kering dan kekal lama selain bahan aktif yang baik untuk kesihatan bibir.

“Tidak sekadar itu, lipmatte keluaran syarikat kami juga jauh lebih murah dari segi harga dan boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat tanpa tanpa mengira umur,” katanya yang menawarkan lipmatte tersebut pada harga RM29 seunit.

Tambahnya, biarpun Nice With Me masih belum dilancarkan secara rasmi di pasaran, namun orang ramai sudah boleh mendapatkannya di platform TikTok rasmi @winwan atau hubungi talian 011-1097 5288.

Ditanya mengenai perancangan syarikat, Wan Shariza berkongsi, mereka optimis mengembangkan pasaran berpotensi ke luar negara seperti Indonesia dan Singapura ekoran terdapat permintaan daripada pelanggan di sana sebelum ini.

“Kami berbangga kerana produk minuman kesihatan yang dilancarkan tidak sampai setahun sebelum ini mendapat sambutan baik daripada pelanggan di luar negara.

“Justeru, kami optimis untuk meme­nuhi keperluan mereka dari semasa ke semasa, sekali gus menawarkan barisan produk terbaik dan berkualiti,” ujarnya sebelum menutup bicara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI