fbpx

Zarina Zainuddin selar peniaga Kemboja biadab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Terkesan dengan sentimen 'Melayu malas', pelakon Zarina Zainuddin menempelak seorang wanita asal Kemboja yang berani memperlekehkan bangsa Melayu.

ENGGAN berdiam diri ketika bangsa sendiri dikutuk sebagai pemalas, pelakon senior Zarina  Zainuddin tampil membidas kenyataan yang dikeluarkan seorang peniaga asal Kemboja yang tukar baru-baru ini.

Biarpun wanita terbabit sudah meminta maaf secara terbuka, kenyataan dilemparkannya tetap mendorong pelakon berusia 52 tahun bersuara lantang.

Sebagai individu yang berdepan jatuh bangun dalam dunia perniagaan sejak zaman muda, Zarina bertegas, ramai sahaja  orang Melayu yang rajin berusaha.

Katanya, wanita terbabit perlu sedar diri selain isu malas atau enggan meningkatkan taraf ekonomi bukan bersandarkan bangsa, sebaliknya atas diri sendiri.

Mizz Lahar pun sependapat dengan Zarina walaupun kononnya peniaga terbabit sekadar bergurau, tapi kalau tengok kontroversi yang dibuat termasuk pernah mengherdik aktres Nadia Brian, memang sengaja dia mahu ditularkan.

Tahniah. Anda berjaya, strategi yang bagus sebab ada juga individu popular ‘back-up’ sekali gus terkena umpan. 

Mizz Lahar: Masih tak percaya dua selebriti bermasam muka sampai tak bertegur sapa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI