fbpx

Ya unsur rasuah oleh geng kamu! – Akmal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Akmal

PETALING JAYA – Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh meminta Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari tidak sombong dalam mengulas tentang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.

Ia berikutan hantaran Ahmad Fadhli di Facebook supaya UMNO berpegang pada realiti dan menyimpan dana pilihan raya kerana adalah mustahil UMNO boleh menang di kerusi berkenaan.

“Mungkin ketua penerangan Pas terlupa punca PRK Kemaman. Tidak mengapa, saya ingatkan sekali lagi keputusan mahkamah membatalkan kemenangan Pas di Parlimen Kemaman disebabkan wujud unsur rasuah ketika kempen PRU15 (Pilihan Raya Umum Ke-15) oleh geng kamu.

“Dana-dana (Pas) yang ada itu jangan sampai ‘kantoi’. Tiadalah bersih mana pun. Jangan lupa fakta itu ya. Jangan sombong,” katanya di media sosial hari ini.

Semalam, Ahmad Fadhli dalam satu kenyataan antara lain meminta jentera UMNO Kemaman supaya berpijak atas realiti kerana calonnya mustahil untuk menang.

Kata beliau, atas faktor itu UMNO menampilkan muka baharu sebagai calon PRK Parlimen Kemaman supaya tidak terlalu malu apabila tewas.

“Jadi, atas sebab realiti.. ‘dana-dana’ yang turun simpan sahajalah, tak payahlah belanja semua. Itu lebih baik daripada dihabiskan untuk misi mustahil ini.

“Tolong sampaikan kepada kawan-kawan UMNO Kemaman yang anda kenali,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI