fbpx

Warga emas cedera ditetak dalam kejadian samun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TELUK INTAN – Seorang lelaki berusia 74 tahun cedera selepas ditetak dalam kejadian samun di rumahnya di Taman Indah Jaya di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian pada pukul 5.20 petang itu berlaku ketika mangsa yang berada seorang diri di rumah didatangi lelaki tempatan yang menawarkan kerja pengubahsuaian di hadapan pagar.

“Mangsa yang terperdaya dengan tawaran itu kemudian membenarkan suspek masuk ke dalam rumah.

“Suspek kemudian menolak mangsa hingga terjatuh ke lantai. Mangsa cuba lari namun dihalang suspek yang menetak tangan warga emas tersebut menggunakan sebilah parang,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, suspek kemudian mengikat tangan mangsa dengan tuala kecil sementara dua lagi rakannya masuk ke dalam rumah.

Ketiga-tiga suspek menggeledah rumah mangsa dan melarikan barangan kemas, wang RM3,000, telefon bimbit dan kereta jenis Perodua Axia.

“Mangsa yang cedera meminta bantuan orang awam dan menerima rawatan di Hospital Teluk Intan. Lelaki itu cedera pada jari telunjuk kanan dan menerima lima jahitan,” katanya.

Tambah beliau, Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak yang tiba di lokasi kejadian berjaya menimbulkan 11 cap jari dipercayai milik suspek.

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI