fbpx

[VIDEO] Penantian 27 tahun, Coldplay hadiahkan lagu hujan untuk Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Coldplay ketika menyanyikan lagu Malaysian Rain di SNBJ malam tadi.

PETALING JAYA – Kumpulan rock popular dari Britain, Coldplay secara spontan mencipta sebuah lagu khas, Malaysian Rain pada Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam tadi.

Lagu tersebut dinyanyikan bagi menghargai pengorbanan peminatnya di Malaysia kerana sanggup bertahan meskipun cuaca hujan sepanjang konsert berlangsung.

Vokalisnya, Chris Martin berkata, pihaknya tidak menyangka bahawa jumlah peminat di negara ini luar biasa sehingga sanggup menunggu selama 27 tahun menantikan konsert sulung mereka di Malaysia.

“Kenapalah kami tidak berkunjung ke sini lebih awal. Selama lebih 20 tahun, orang pernah cakap penonton di sini adalah antara yang terbaik di dunia.

“Terima kasih kerana sanggup berhujan, meredah trafik, datang demi kami, dan menyayangi dengan kami. Ini hujan rahmat dan terima kasih setia menunggu 27 tahun,” katanya pada konsert di Bukit Jalil malam tadi.

Dalam pada itu, nyanyian terakhir Coldplay lagu Malaysian Rain menerima sorakan sangat gemuruh apabila liriknya berkisahkan suasana dan keadaan semasa sepanjang konsert berlangsung.

“I have been to Europe, I have been to Spain, but there is nothing quite as beautiful as the Malaysian rain. Whenever I am down, whenever I am in pain, I love to stand in Malaysian rain.

“Weather around down and weather around me, I love to stand here with Malaysian rain,” nyanyi Chris Martin.

Terdahulu, kira-kira 85,000 peminat Coldplay membanjiri SNBJ dan sebahagian mereka sanggup beratur seawal 7 pagi menunggu di pintu masuk stadium.

Rata-rata penonton yang hadir berpuas hati dengan persembahan yang disajikan Coldplay malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI