fbpx

UniMAP sampai skrol di rumah pesakit kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD IMHAR (duduk, dua kiri) menerima Bacelor Profesional Pengurusan Fasiliti daripada Zaliman (kiri) sambil disaksikan pihak pengurusan UniMAP dan ahli keluarganya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang kelmarin.

ARAU – Tidak tergambar ­kegembiraan seorang pejuang kanser neuroendokrin tahap empat, Mohamad Imhar S.N. Ibrahim, 39, apabila berpeluang me­ngenakan jubah ­konvokesyen serta menerima skrol Bacelor Profesional Pe­ngurusan Fasiliti Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di rumahnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang kelmarin.

Skrol itu disampaikan sendiri oleh Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Zaliman Sauli selepas mendapat perkenan daripada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jama­lullail yang juga Canselor universiti itu.

Menurut Mohamad Imhar yang merupakan graduan Pusat Pemba­ngunan Profesional dan Pembelajaran Berterusan (PDCE) UniMAP, dia gembira apabila pihak pengurusan universiti sanggup datang ke rumahnya untuk menyampaikan skrol berkenaan.

Katanya, dia pada mulanya kecewa kerana tidak berupaya hadir pada Konvokesyen UniMAP Ke-18 bersama rakan-rakan selepas kesihatannya semakin merosot.

“Tentunya situasi itu membuatkan saya kecewa memandangkan telah merancang untuk meraikannya bersama rakan, pensyarah dan keluarga pada sidang akhir yang dijadualkan petang kelmarin.

“Terima kasih kepada pengurusan UniMAP yang mengambil inisiatif mengurniakannya dan ia menjadi satu kenangan manis buat diri,” katanya.

Bercerita tentang penya­kit dihadapinya, katanya, dia disahkan menghidap kanser pada 2021, tidak lama selepas mendaftar sebagai pelajar di UniMAP.

“Walaupun diuji dengan kanser, saya tetap mahu menyem­purnakan pengajian kerana itu adalah salah satu kepuasan yang ingin dicapai.

“Sokongan isteri, anak-anak serta keluarga menjadi penguat semangat untuk saya ­terus positif dan fokus hingga berjaya menghabiskan pengajian,” katanya.

Tambah bapa kepada tiga anak itu, dia masih lagi menjalani beberapa siri rawatan penyakit tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI