fbpx

Tiada perubahan struktur pimpinan Bersatu masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Faizal ketika ditemui pemberita hari ini. - Foto SADDAM YUSOFF / KOSMO!

SHAH ALAM – Tiada sebarang perubahan struktur kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam tempoh terdekat termasuk bagi jawatan tertinggi parti itu.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pemilihan parti hanya akan diadakan tahun depan dan sokongan kepada Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih utuh.

“Saya harap tidak (perubahan struktur) kerana kami semua memberi sokongan kuat kepada Presiden.

“Pemilihan (parti) juga hanya dibuat tahun depan selepas keputusan penangguhan selama 18 bulan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Srikandi dan Armada Bersatu Nasional di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan mengenai dakwaan bahawa Muhyiddin akan menyerahkan kepimpinan Bersatu kepada Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam perhimpunan itu minggu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI