fbpx

Tiada ahli parlimen Bersatu tandatangani SD elak khianti parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Ahmad Fayhsal ketika sidang akhbar hari ini. -Foto SADDAM YUSOFF /KOSMO!

SHAH ALAM – Tiada ahli parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi mengelak mereka daripada mengkhianati parti dengan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim setakat ini.

Namun, akuan bersumpah, aku janji atau ikrar didakwa dilakukan wakil rakyat parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum menyertai pilihan raya yang membolehkan mereka diambil tindakan daripada lembaga disiplin parti.

Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, tiada arahan menandatangani SD dibuat dalam mana-mana pertemuan dengan kepemimpinan parti sebelum ini.

“Tiada tanda tangan SD, isu angkat sumpah sudah buat sebelum jadi calon. Ya saya angkat sumpah berikrar memang ada, semua calon DUN dan Parlimen menang atau kalah memang angkat sumpah.

“Bila ada wakil rakyat melanggari apa yang diikrarkan, tindakan disiplin boleh dibuat dengan mudah seperti mana dikenakan kepada Labuan dan Kuala Kangsar selain dua lagi sedang masih lagi dalam proses perbicaraan,” katanya pada sidang akhbar Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2023, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan ahli Parlimen dan Ketua Bahagian Bersatu dikatakan menandatangani satu SD bagi mengikat wakil rakyat parti itu supaya kekal setia serta tidak mengambil langkah bertentangan dengan perlembagaan parti.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI