JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan sepasang suami isteri yang mengadakan sambutan hari lahir anak mereka pada setiap bulan, lapor program berita Liputan6 semalam.
Pasangan suami isteri itu mengadakan sambutan hari lahir setiap bulan sehingga anak mereka berusia setahun. Kompilasi video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @armiithaa.
Mereka dikatakan baru mendapat anak pertama. Pada bulan pertama, bayi itu dilihat masih memakai bedung dan dilihat tidur dengan lena ketika sambutan hari lahirnya.
Bayi itu kelihatan masih tidur ketika sambutan hari lahir pada bulan kedua kelahirannya. Pada bulan ketiga, barulah di dilihat membuka mata sambil dipakaikan baju yang comel.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Dalam masa 20 tahun lagi apabila anda (anak) lihat video ini anda akan gembira,” komen seorang netizen. – AGENSI