BERIKUTAN desas-desus bakal bercerai dengan pelakon Mawar Rashid hangat diperkatakan mutakhir ini, akaun Instagram ahli perniagaan, Raf Yaakob dibanjiri komen netizen yang kecewa dengan perkhabaran tersebut.
Rata-rata meluahkan perasaan sedih mengenangkan situasi melanda pasangan terbabit terutama keadaan anak-anak mereka nanti.
“Baru baca tadi mengenai Raf dan Mawar. Sedihnya, semoga jodoh mereka masih panjang dan berkekalan sampai syurga,” kata netizen.
“Janganlah sampai bercerai. Seronok tengok Raf dan Mawar. Benda boleh bincang dan bertahanlah demi anak-anak,” ujar peminat.
“Semoga cerita yang digembar gemburkan tidak betul. Saya suka kalian bersama,” luah beberapa pengikut.
Difahamkan pasangan yang mendirikan rumah tangga pada November 2017 itu sepatutnya hadir ke mahkamah syariah semalam.
Spekulasi pergolakkan rumah tangga mereka hangat diperkatakan selepas Mawar, 28, tidak lagi berhijab sekitar awal bulan lalu.
Menguatkan lagi dakwaan itu apabila Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid dilihat bertindak memadam fotonya bersama adik kepada penyanyi Datuk Fazley Yaakob itu dalam Instagram.
Mawar dan Raf disatukan sebagai suami isteri di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada November 2017.
Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang yang baharu mencecah 10 bulan. – KOSMO! ONLINE