fbpx

Rombakan Kabinet: Kenapa Januari bukan Disember – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap pada Majlis Kesyukuran Setahun Pentadbiran Perdana Menteri dan Kerajaan Madani di Dewan Seri Siantan, Putrajaya, malam ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengesahkan bahawa rombakan Kabinet akan dibuat pada Januari tahun depan.

“Kenapa Januari bukan Disember,” kata ringkas ketika ditemui selepas majlis kesyukuran sempena setahun pentadbiran Kerajaan Madani, di sini malam ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas ramalan dibuat program podcast Keluar Sekejap semalam bahawa rombakan Kabinet mungkin berlaku pada Januari ini.

Menerusi edisi terbaharu Keluar Sekejap dua hari lalu, panel jemputan iaitu bekas Ahli Parlimen Bangi, Dr. Ong Kian Ming mencadangkan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli antara 15 calon berkelayakan untuk memegang jawatan Menteri Kewangan II jika berlaku rombakan Kabinet.

Ditanya mengenai prestasi menteri Kabinet selepas setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan, Anwar berkata, beliau yakin banyak perkara lagi yang boleh diperbaiki pada masa akan datang.

“Alhamdulillah kita sedaya upaya seluruh pasukan dan Insya-Allah kita akan baiki. Dan kekuatan baru ini kita akan lonjak lagi tinggi,” ujarnya.

Anwar mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri pada 24 November tahun lalu lima hari selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebelum membentuk Kerajaan Perpaduan membabitkan beberapa komponen parti utama di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI