fbpx

Permohonan Muhyiddin dapat semula pasport 29 November ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin.

KUALA LUMPUR – Permohonan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mendapatkan kembali pasport antarabangsa secara kekal dan tanpa syarat akan diputuskan pada 29 November ini di Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Azura Alwi menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan peguam Datuk K.Kumaraendran mewakili Muhyiddin selaku pemohon dan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Lim Wai Keong.

Terdahulu, Kumaraendran berhujah bahawa perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu untuk mahkamah menyerahkan kembali pasport tanpa syarat kerana anak guamnya tidak pernah gagal menghadiri prosiding mahkamah sejak kes jenayah dihadapinya.

“Anak guam saya juga memegang beberapa jawatan penting di negara ini iaitu masih Ahli Parlimen Pagoh dan Presiden Bersatu, selain memiliki beberapa aset di Malaysia,” katanya.

Sementara, Wan Shaharuddin dalam hujahnya tetap berperindian membantah permohonan itu kerana pemohon masih menghadapi tiga lagi pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram (AMLA).

“Pemohon masih berdepan pertuduhan yang serius dan berkemungkinan beliau melarikan diri tetap ada, terdapat banyak kes di mana SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) tuduh seseorang itu, mereka tidak balik ke Malaysia dan kita tidak boleh buat apa disebabkan pasport tiada pada kita,” katanya.

Pada 16 Oktober lalu, Muhyiddin, 76, Dalam afidavitnya memohon untuk mendapatkan kembali pasportnya dari Mahkamah Sesyen atas beberapa alasan termasuk sudah membuat perancangan untuk bercuti bersama keluarga di luar negara.

Muhyiddin berkata, ia adalah suatu kebiasaan di mana beliau akan membawa keluarganya untuk bercuti selama sebulan setiap tahun.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, perancangan untuk bercuti tahun ini tidak terkecuali dan ingin membawa keluarganya ke London, United Kingdom (UK), pada akhir tahun.

Katanya, percutian itu penting bagi membolehkan masa diluangkan bersama kerana dirinya dan keluarga amat tertekan pada tahun ini.

Pada 2 Oktober lalu, Muhyiddin memohon supaya dilepas tanpa dibebaskan daripada tiga lagi tuduhan jenayah yang dihadapinya iaitu menerima wang hasil aktiviti haram yang kesemuanya berjumlah RM200 juta.

Pengerusi PN itu membuat permohonan berkenaan dengan alasan bahawa beliau sudah dilepas dan dibebaskan untuk kesalahan predikat di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia oleh Mahkamah Tinggi.

Terdahulu Pada 15 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskannya selepas membenarkan permohonan beliau untuk membatalkan empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk rasuah berjumlah RM232.5 juta bagi Bersatu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI