fbpx

Penduduk kawasan berisiko banjir diminta bersiap siaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Mereka yang berada di kawasan terdedah kepada bencana banjir diminta bersedia dan bersiap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan diakibatkan oleh perubahan monsun.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) telah memastikan persediaan awal seperti perancangan Prosedur Operasi Standard (SOP) menyelamat sebaiknya.

“Mengharapkan kerjasama daripada semua agensi kerajaan untuk dimobilisasikan secara berkesan dalam pelaksanaan segala langkah keselamatan. Saya yakin dengan koordinasi yang baik, kita dapat mengurangkan kesan atau dampak negatif dari bencana ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid berkata, beliau juga sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) telah mengarahkan seluruh jentera BN yang berada di Kemaman untuk sama-sama berganding bahu sekiranya sebarang bencana berlaku.

Menurut beliau, pengalaman jentera BN turun membantu akar umbi sebelum ini sekurang-kurang dapat memberi bantuan awal dalam ketidaktentuan situasi banjir ketika ini.

“Saya mengingatkan sekali lagi agar rakyat Malaysia, khususnya di Kemaman untuk terus mematuhi arahan dan petunjuk yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan. Keselamatan anda adalah keutamaan kami.

“Marilah kita berdoa agar kita dapat melalui ujian ini dengan kekuatan dan ketabahan. Saya yakin, dengan semangat kebersamaan, kita akan hadapi ujian ini dengan ketahanan dan kesabaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI