fbpx

Malaysia berpuas hati dengan persidangan APEC 2023 – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menghadiri Sesi Kedua Pemukiman Pemimpin Ekonomi Asia-Pacific Economic Cooperation di Moscone Centre, Sabtu lalu.

PETALING JAYA – Secara keseluruhan, Malaysia berpuas hati dengan Persidangan Ke-30 Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) 2023 di San Francisco, California, Amerika Syarikat (AS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia berjaya meraih pelaburan berjumlah RM63.02 bilion dan pada masa yang sama dapat menyuarakan pendirian tegas dan keras terkait isu di Palestin.

“Mesej kita di setiap platform APEC adalah mudah dan jelas yakni pembunuhan dan kekejaman di Gaza oleh rejim ganas Zionis Israel perlu dihentikan.

“APEC juga harus kekal sebagai platform bagi semua negara berkumpul untuk membangun strategi yang merangsang kemajuan ekonomi sambil mengekalkan standard tertinggi kerjasama dan saling menghormati,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI