fbpx

Ladang ternak ayam diarah tutup sebab masalah lalat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota MPKS memeriksa ladang ternakan dalam operasi itu di sekitar Kuala Selangor semalam.

KUALA SELANGOR – Tindakan sebuah ladang ternakan ayam di Sungai Yu di sini, menimbulkan kacau ganggu lalat kepada penduduk mengundang padah apabila diarah tutup serta merta, semalam.

Premis itu diserbu menerusi operasi bersepadu Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dengan kerjasama polis, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kuala Selangor dan Pejabat Veterinar Daerah Kuala Selangor, kira-kira pukul 9 pagi.

Pengarah Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MPKS, Jefriee Ab Manaf berkata, hasil pemeriksaan dari segi kehadiran lalat mendapati tiga ladang ternakan ayam berada dalam skala dua manakala satu ladang lagi berada dalam skala lima (aktif).

“Punca kehadiran lalat itu antaranya pemilik ladang tidak menguruskan pelupusan bangkai dengan baik, ketidakcekapan rekod kawalan serangga perosak secara konsisten dan pengurusan najis ayam tidak bersesuaian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, pemilik ladang itu diarah menjalankan kerja pembersihan premis seperti arahan notis menghapuskan kacau ganggu dan mendapatkan kelulusan lesen.

“MPKS turut mengeluarkan dua kompaun melibatkan kesalahan kacau ganggu kebersihan dan kesalahan ingkar arahan terhadap ladang berkenaan.

“Selain itu, pejabat Veterinar mengeluarkan dua kompaun di bawah Enakmen Perladangan Unggas (Negeri Selangor) 2007 dan Peraturan-Peraturan Perladangan Unggas (Negeri Selangor) 2008,” ujarnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI