fbpx

Kerajaan Perpaduan ditadbir lebih tegas tahun depan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap pada Majlis Kesyukuran Setahun Pentadbiran Perdana Menteri dan Kerajaan Madani di Dewan Seri Siantan, Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kerajaan Perpaduan akan dikemudi dan ditadbir dengan lebih tegas bermula tahun kedua pentadbirannya khusus dalam memartabatkan semula imej negara di mata dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia mempunyai potensi sangat besar untuk diangkat martabatnya dengan tumpuan utama terhadap tatakelola dan hentikan amalan rasuah serta salah guna kuasa.

“Selepas setahun kemana arah tuju kita? Pada tahun pertama, awalnya sedikit terumbang ambing tetapi dengan dasar yang jelas, kita berjaya selesaikan masalah asas rakyat.

“Maka percayalah dengan mandat yang ada, tahun ini kita akan mula dengan lebih tegas, lebih jelas untuk bangunkan ekonomi negara dan keras menghadapi segala rintangan atau cubaan merosakkan sendi negara kita dengan salah guna kuasa dan rasuah.

“Dengan semangat ditunjukkan pimpinan Kerajaan Perpaduan, kita akan memulakan satu corak yang lebih tegas dan pantas mengemudi negara ini, lebih baik daripada apa yang kita capai dalam tahun lalu,” katanya ketika menyampaikan amanat sempena Majlis Kesyukuran Sempena Setahun Pentadbiran Kerajaan Madani, di sini hari ini.

Katanya, beliau akui pihak pembangkang mula rasa jemu dan mual dengan tekad Kerajaan Perpaduan yang kerap memperjuangkan tatakelola dan usaha memerangi rasuah seolah-olah dua istilah itu cukup menakutkan mereka.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau melahirkan rasa bangga dengan pimpinan Kerajaan Perpaduan kerana dapat mempertahankan dan menghentikan amalan rasuah serta salah guna kuasa.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI