fbpx

Jurulatih dedah kecederaan Queenie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUEENIE mengalami kecederaan pertama dalam tempoh tiga tahun.

RATU lempar cakera negara, Queenie Ting Kung Ni akan turun lebih tenang tanpa sebarang tekanan dan bebanan tinggi di bahunya dalam misi mencipta rekod kebangsaan baharu pada tahun depan.

Jurulatihnya, Muhammad Ali Hamid mendedahkan, Queenie, 26, gagal mencapai tahap terbaik apabila membuat catatan terendah tahun ini ia­itu 49.00 meter (m) pada Sukan Asia Hangzhou, China disebabkan kecederaan hamstring.

Menurutnya, pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 52.77m itu mengalami masalah tersebut 11 hari sebelum Sukan Asia Hangzhou berlangsung pada 23 September lalu ketika menjalani kem latihan di Chengdu, China.

“Kecederaan itu sebenarnya mengganggu kita di Hangzhou. Memang kita tak jangka sebab ini kali pertama dia cedera selepas tiga tahun berlatih di bawah saya.

“Mungkin cedera hamstring berlaku sebab tekanan dan intensiti latihan tinggi ketika di Chengdu. Kami ambil dari sudut positif dan anggap ia satu pe­ngajaran selepas tiga tahun yang cukup bagus buat Queenie.

“Tahun depan agak santai sedikit tanpa tekanan, jadi kita tak terburu-buru kerana kita ada setahun lebih untuk fokus Sukan SEA 2025 di Thailand. Kita akan fokus kepada catatan dan jarak baharu untuk rekod kebangsaan,” katanya.

Dalam masa sama, Queenie turut memasang impian besar untuk menamatkan dominasi atlet Thailand, Subenraet Insaeng yang sudah memenangi tujuh edisi Sukan SEA sejak kali pertama di Naypyidaw, Myanmar pada 2013.

Biarpun tidak mustahil tetapi realistiknya ia agak sukar memandangkan lawan itu sudah bertaraf Olimpik kerana pernah beraksi pada Sukan ­Olimpik Tokyo 2020 selain meraih tempat keempat pada Sukan Asia Hangzhou.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI