fbpx

Hujan berterusan di Terengganu, Kelantan selama 3 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ramalan hujan berterusan selama tiga hari bermula hari ini dijangka berlaku di beberapa negeri terutamanya di Terengganu dan Kelantan.

Ramalan tersebut dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dikongsikan di Facebook Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Menurut laporan tersebut, kebanyakan kawasan di Terengganu dan Kelantan bakal mengalami hujan dan ribut petir dari sebelah pagi dan boleh berlarutan sehingga ke malam.

Selain itu, di Sabah dan Sarawak juga berisiko berdepan hujan berterusan sepanjang tempoh yang sama.

Terbaharu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir di negeri Sarawak melibatkan Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu) dan Mukah serta sekitar Sandakan, Sabah berkuat kuasa sehingga pukul 2 petang hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI