fbpx

Haqiem Rusli bakal bergelar bapa?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAQIEM RUSLI

DALAM kesibukan membuat persediaan bagi konsert mingguan Famili Duo musim tiga (FD3), penyanyi Haqiem Rusli sempat meraikan ulang tahun perkahwinan kedua dengan isteri tercinta, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri.

Mereka dilihat memuat naik semula rakaman memori manis dalam suasana romantis di sebuah bangunan ikonik berlatarkan Menara Berkembar Petronas.

Namun, bukan penampilan suri hatinya yang dilihat bertudung semula seperti dikongsi dalam Instagram menjadi perhatian, sebaliknya adalah ucapan istimewa penyanyi Tergantung Sepi itu kepada Anis Sofea yang disifatkan netizen seakan-akan bayangan berita gembira.

‘We love you Sofea’ antara ucapan yang seperti menunjukkan perkataan ‘we’ atau kita seperti merujuk kepada penambahan ahli keluarga iaitu anak.

Hasilnya, ruangan komen muat naik tersebut penuh dengan ucapan tahniah walaupun tuan punya diri belum mengesahkan sebarang perkembangan.

Anggap saja ini doa peminat. Betul tak?

Mizz Lahar: Betulkah seorang peserta sebuah program hiburan dipulaukan?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI