fbpx

Dolla enggan jadi perbandingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kumpulan Dolla

DILABEL sebagai kumpulan wanita nombor satu tanah air, Dolla enggan terbuai dengan pujian melambung itu.

Anggota kumpulan itu,  Angel berkata, mereka sebaliknya memilih untuk melipatgandakan usaha untuk terus menghasilkan kerja terbaik berbanding mengejar takhta nombor satu.

“Dolla tidak pernah lihat diri kami sebagai kumpulan nombor satu. Sebaliknya, mahu lebih bertungkus lumus supaya ramai mengenali siapa Dolla.

“Kami sendiri sudah meletakkan tekanan yang besar ke atas diri sendiri untuk menjadi yang lebih baik sekali gus enggan menambahkan lagi tekanan dengan memikirkan gelaran nombor satu yang diperkatakan.

“Mungkin orang Malaysia sahaja yang kata begitu, kerana paling penting sekarang, perlukan banyak kerja untuk lebih dikenali,” katanya semasa pelancaran album sulung Dolla berjudul New Classic.

Sementara itu, Tabby turut mempunyai pendapat sama apabila enggan menjadikan topik perbandingan sebagai isu utama dalam karier mereka.

“Sudah tentu kami bersyukur apabila ada pihak yang menggelarkan kami kumpulan nombor satu, tapi pada masa sama, kami tidak mahu kehadiran Dolla jadi perbandingan.

“Tidak kisahlah sama ada nombor satu atau dua, ini kerana paling penting adalah kami bekerja keras untuk berikan muzik dan produk terbaik kepada peminat,” ujarnya kepada Kosmo! Online.

Dolla yang turut dianggotai Sabronzo dan Syasya kini melancarkan album pertama mereka berjudul New Classic yang memuatkan tujuh lagu.

Menariknya, album tersebut turut mendapat sentuhan komposer antarabangsa iaitu Hyuk Shin dari Korea Selatan.

Kendatipun baru beberapa hari dilancarkan, video muzik bagi single pertama album berjudul Classic yang menjalani penggambaran di Thailand itu sudah meraih lebih setengah juta tontonan di YouTube. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI