fbpx

Dividen rendah punca ramai enggan pilih simpanan syariah KWSP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad menyampaikan hadiah tempat pertama pertandingan Pantomim Video Challenge 2023 kepada wakil Bank Simpanan Nasional ketika Majlis Sambutan Hari Integriti KWSP bersama Kementerian Kewangan dan Agensi Tahun 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.- Foto FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Kadar dividen yang rendah kemungkinan besar menjadi antara faktor ramai pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak memilih simpanan syariah.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau optimis langkah bagi pengasingan penuh dana tersebut daripada simpanan konvensional bakal mengubah situasi.

Beliau juga mengakui mengenai kekecewaan umat Islam terhadap dividen dana Islamik itu sehingga memberikan gambaran negatif kepada instrumen patuh syariah.

“Saya yakin ahli skim syariah bertambah jika dividen tinggi ataupun setara simpanan biasa kerana ini antara punca kenapa sikit pilih simpanan Islamik,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Hari Integriti KWSP 2023 bersama Kementerian Kewangan dan agensi-agensinya, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

Pada 4 Mac lalu, agensi pengurusan dana persaraan berkenaan mengumumkan langkah pengasingan penuh untuk dua dana tersebut yang akan bermula pada 1 Januari depan.

Simpanan syariah diperkenalkan KWSP pada 2017, namun ramai mempersoalkan kadar pulangan tahunannya agak rendah dan tidak pernah mengatasi simpanan konvensional.

Justeru, Ahmad berharap menerusi usaha pengasingan penuh mulai awal tahun depan, bilangan pencarum syariah dapat dilonjakkan berbanding sekarang hanya 1.8 juta orang.

“Meskipun kerajaan tidak pernah meletakkan sebarang sasaran jumlah peserta simpanan syariah, kita berharap kadar dividen tinggi akan tarik ramai memasuki dana ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI