fbpx

Anwar hadir Majlis Kesyukuran Setahun Pentadbiran Kerajaan Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bersalaman dengan orang ramai yang hadir pada Majlis Kesyukuran Sempena Setahun Pentadbiran Kerajaan Madani di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya (PPj), malam ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Kesyukuran Sempena Setahun Pentadbiran Kerajaan Madani di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya (PPj), Presint 3, malam ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan tiba kira-kira pukul 6.15 petang sebelum disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Ali Zuki dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Majlis bermula pukul 6.30 petang itu turut diserikan dengan kehadiran isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Menteri Luar, Datuk Seri
Dr. Zambry Abd Kadir.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Difahamkan, lebih 5,000 hadir pada majlis itu terdiri daripada rakyat pelbagai kaum, penjawat awam dan pelajar tahfiz.

Majlis kesyukuran itu diadakan sempena meraikan tempoh setahun pentadbiran Kerajaan Madani di bawah pimpinan Anwar bersama parti komponen lain dalam Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah dan beberapa parti lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI