fbpx

ADUN pembangkang Kelantan dapat peruntukan besar daripada pusat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nassuruddin pada sidang DUN Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini. -Foto UPKN

KOTA BHARU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di Kelantan hanya menerima peruntukan di bawah Rancangan Kecil Pembangunan (RKP) berjumlah RM250,000 seperti yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri sebelum ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, peruntukan lain yang diterima oleh ADUN kerajaan tidak akan diberikan kepada pembangkang.

Menurutnya, ini kerana, mereka dipercayai turut menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

“Jumlah peruntukan yang diterima oleh ADUN pembangkang daripada Kerajaan Pusat dikatakan lebih besar daripada peruntukan diberikan oleh Kerajaan Negeri.

“Jika peruntukan ADUN kerajaan turut diberikan kepada mereka (pembangkang), kemungkinan besar peruntukan pembangkang lebih besar daripada Exco Kerajaan Negeri sendiri,” katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Mohd. Syahbuddin Hashim (BN-Galas) pada Persidangan Kali Kedua (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Mohd. Nassuruddin memberitahu, sekiranya peruntukan sama diberikan, bermakna ia tidak bersifat adil kerana ADUN kerajaan negeri tidak menerima peruntukan daripada pusat.

Katanya, peruntukan RKP untuk tahun ini disalurkan kepada semua ADUN termasuk pembangkang.

Berdasarkan rekod, hanya dua ADUN berada di blok pembangkang di DUN Kelantan iaitu ADUN Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim daripada Barisan Nasional dan ADUN Kota Lama, Dr. Hafidzah Mustakim mewakili Pakatan Harapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI