fbpx

Wanita bogel cetus kekecohan di lapangan terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu ditahan polis selepas membuat kekacauan di lapangan terbang. - Jam Press

SANTIAGO, Chile – Seorang wanita mencetuskan kekecohan di sebuah lapangan terbang di Santiago, Chile kerana berjalan dalam keadaan tidak berpakaian, lapor akhbar Daily Star semalam.

Berdasarkan video yang dirakam di Lapangan Terbang Antarabangsa Arturo Merino Benitez, wanita itu dilihat berlari di sekeliling lapangan terbang di hadapan penumpang tanpa seurat benang.

Dia kemudian dilihat berpaut pada lengan seorang lelaki tidak dikenali yang sedang menolak troli. Lelaki itu dilihat menolaknya sebelum melarikan diri.

Wanita berkenaan kemudian ditahan polis dan dibawa pergi dari tempat kejadian. Dia dilaporkan mengambil alkohol dan dadah tetapi siasatan terhadapnya masih diteruskan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI