fbpx

TikTok, Microsoft komited bangunkan Pusat Data di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika mengadakan pertemuan dengan wakil syarikat gergasi teknologi di San Francisco baru-baru ini.

PETALING JAYA – TikTok dan Microsoft komited untuk membangunkan Pusat Data di Malaysia, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Menurut beliau, komitmen itu akan memberi kesan langsung kepada ekonomi dan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Kata beliau, kerajaan menyambut baik rancangan mengembangkan perniagaan di Malaysia dan terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana syarikat melalui agensi-agensi kerajaan.

“TikTok komited untuk memperkemaskan operasi platform media sosial di Malaysia selaras dengan undang-undang dan peraturan berkuatkuasa bersesuaian dengan nilai-nilai Malaysia.

“Google Inc. juga menyatakan minat terhadap Malaysia dan komitmen untuk mewujudkan peluang pekerjaan, pembangunan kemahiran di dalam keselamatan siber, cloud serta kecergasan biatan (AI) di Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Fahmi berkata, komitmen berkenaan dinyatakan syarikat gergasi terbabit ketika pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di San Francisco, Amerika Syarikat.

Pertemuan diadakan semasa Anwar menghadiri Mesyuarat Ke-30 Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) dari 12 hingga 17 November 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI