PETALING JAYA – Kerajaan akan terus melaksanakan Pelan Liberalisasi Visa melibatkan peranan semua kementerian dalam menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu antara yang dibangkitkan pada Mesyuarat Mengenai Hala Tuju Sektor Pelancongan Negara hari ini.
“Mesyuarat ini adalah susulan dengan pengumuman VM2026 di mana fokus akan diberikan kepada pelancongan lestari yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara.
“Hasil keputusan mesyuarat ini akan dipantau melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan dan Kebudayaan (JKPK) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Anwar berkata, beliau berharap sektor pelancongan negara akan terus cemerlang pada masa akan datang. – KOSMO! ONLINE