fbpx

‘Orang tengah’ warga asing ditahan terlibat edar lesen terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang lelaki dipercayai berperanan sebagai ‘orang tengah’ berkaitan aktiviti mengeluarkan ‘lesen terbang’, semalam.

Tangkapan tersebut susulan empat anggota penguat kuasa ditahan SPRM Sabah selepas disyaki menerima rasuah kira-kira RM300,000 daripada ejen dan calon yang mengambil lesen memandu, kelmarin.

Menurut sumber, suspek warga asing berusia 40-an itu ditahan kira-kira pukul 4 petang ketika diminta hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM cawangan Lahad Datu.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun 2021 dan 2022 serta disyaki memberikan wang rasuah kepada penguat kuasa sebagai balasan untuk mengeluarkan lesen memandu kepada calon tanpa perlu mengikuti ujian memandu.

“Modus operandi yang dilakukan oleh ‘orang tengah’ ini adalah dengan meminta wang rasuah daripada setiap calon antara RM400 hingga RM1,200 dan kemudian diberikan kepada penguat kuasa bagi mendapatkan lesen memandu pelbagai kelas tanpa menjalani ujian memandu,” katanya, semalam.

Suspek akan dibawa untuk tujuan permohonan reman di Mahkamah Majistret Lahad Datu, pukul 9 pagi esok (hari ini),” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI