fbpx

Mr. H dipanggil beri keterangan di Putrajaya petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan keterangan individu dikenali sebagai Mr. H akan diambil di Putrajaya petang ini.

Lelaki itu dikaitkan dalam video tular perbualan telefon membabitkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff dan seorang lagi pegawai jabatan tersebut.

Razarudin berkata, proses merakam keterangan individu tersebut dilakukan di Balai Polis Presint 11.

“Setakat ini, kita sudah merakam keterangan seramai tiga saksi di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

“Beberapa orang saksi lain juga akan dirakam percakapan mereka dalam masa terdekat,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Tambah Razarudin, pihaknya masih belum menerima laporan daripada Pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani setakat pukul 2 petang tadi.

Akhbar sebelum ini melaporkan Mohammad Agus dan Abdul Wahab mendakwa video perbualan mereka yang tular dalam media sosial telah disunting.

Abdul Wahab, 33, mendakwa dia diarahkan oleh individu bernama Mr. H untuk merekod video perbualan tersebut bersama bekas Ketua Pengarah J-KOM itu.

Kelmarin, Mohammad Agus dilaporkan berkata, beliau sudah mendedahkan identiti Mr. H kepada pihak polis sewaktu memberi keterangan kepada pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI