fbpx

Mr. H belum muncul di balai polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengamal media mula menunggu di Balai Polis Presint 11 Putrajaya bagi menantikan kehadiran Mr. H. - Foto oleh HUSNI MOHD. NOOR / KOSMO!

PUTRAJAYA – Lebih 10 pengamal media termasuk wartawan dan jurugambar ‘berkampung’ di Balai Polis Presint 11, di sini sejak pukul 5 petang tadi bagi menantikan kehadiran ‘Mr. H’.

Setakat pukul 5.45 petang tadi, kelibat individu dikaitkan dengan video melampau bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff dan pegawainya, Abdul Wahab masih belum muncul.

Difahamkan, proses merakam percakapan itu direkodkan oleh polis Bukit Aman.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, Mr. H akan memberikan keterangan di Balai Polis Presint 11 pada petang ini.

Setakat ini, tiga saksi sudah dirakam percakapan di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah. Selain itu, beberapa saksi lain juga akan diambil keterangan dalam masa terdekat bagi melengkapkan siasatan kes tersebut.

Media sebelum ini melaporkan Abdul Wahab mendakwa dia telah diarah oleh seorang pegawai atasan digelar ‘Mr. H’ untuk merakam perbualan bersama bekas Ketua Pengarah J-KOM itu.

Katanya, dia merakam perbualan video tersebut, namun isinya bukan seperti yang tersebar dalam media sosial tersebut.

Pengarah Bahagian Latih dan Pendidikan J-KOM, Muhamad Hakim Ramlee atau Ustaz Hakim Ramlee tampil menegaskan bahawa beliau bukan Mr. H seperti yang didakwa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI