fbpx

Mangsa banjir Terengganu turun sedikit, 4,397 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa penduduk membantu sebuah kereta yang tersangkut dalam banjir di Surau Panjang, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Bilangan mangsa banjir di negeri ini mencatatkan penurunan kepada 4,397 orang daripada 1,162 keluarga.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, setakat pukul 4 petang tadi, Kuala Nerus kekal daerah paling terjejas dengan 1,710 mangsa daripada 454 keluarga yang ditempatkan di 15 pusat pemindahan banjir (PPS).

“Seramai 1,158 mangsa daripada 337 keluarga pula ditempatkan di lima PPS di Kuala Terengganu.

“Sebanyak tujuh PPS menempatkan 845 mangsa daripada 213 keluarga di Marang,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu itu memberitahu, seramai 661 mangsa daripada 153 keluarga pula ditempatkan di tiga PPS di Besut.

Dungun pula mempunyai 23 mangsa daripada lima keluarga yang berada di PPS Sekolah Kebangsaan Tok Kah.

“Hujan diramal di beberapa kawasan di negeri ini sehingga esok,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI