KUALA LUMPUR – Liputan 5G di Malaysia telah mencapai 73 peratus kawasan berpenduduk setakat 31 Oktober 2023.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, sasaran liputan 5G mencapai 80 peratus mampu dicapai menjelang akhir tahun 2023.
“Kelajuan 5G Malaysia di kedudukan ketiga terpantas di dunia mengikut data Speedtest Intelligence pada S3 2023 dengan purata 485.25 Mbps,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Terdahulu, Fahmi memaklumkan, Kuala Lumpur menjadi tuan rumah untuk Sidang Kemuncak CxO Pemimpin Transformasi Digital 2023.
Menurut beliau, sidang itu disertai eksekutif peringkat C, pemimpin kanan, penggubal dasar dan wakil daripada sektor teknologi dan digital global. – KOSMO! ONLINE