fbpx

Konflik Palestin-Israel: Zionis arah Hospital Indonesia dikosongkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan Hospital Indonesia di Gaza pada 1 November lalu di tengah-tengah pertempuran berterusan antara Israel dan kumpulan Hamas. - AFP

BANDAR GAZA – Tentera Israel mengarahkan pemindahan orang ramai yang berlindung di Hospital Indonesia, yang ketika ini dikepung di utara Semenanjung Gaza, lapor laman berita Middle East Monitor.

Arahan dikeluarkan Rejim Zionis itu disampaikan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, Mounir Al-Borsh kepada saluran televisyen Al Jazeera.

Agensi berita Palestin, WAFA juga melaporkan bahawa pentadbir hospital tersebut telah menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp mengenai arahan pemindahan tersebut.

Mesej itu kemudian mencetuskan situasi panik di hospital berkenaan.

Sekurang-kurangnya 12 orang dilaporkan terbunuh akibat serangan tentera Israel ke atas Hospital Indonesia sejak beberapa hari lalu.

Tentera Israel sebelum ini menyerbu Hospital Al-Shifa dan secara paksa memindahkan petugas perubatan serta mencederakan ramai pesakit.

Kereta kebal Israel kemudian mengepung Hospita Indonesia selama beberapa hari.

Siling di beberapa wad hospital itu dilaporkan runtuh, tingkap pecah dan mayat-mayat bertimbun, manakala bekalan elektrik terputus sejak ia mula dikepung. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI