fbpx

Konflik Palestin-Israel: Rumah keluarga isteri Nadir Al-Nuri dibom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nadir (gambar kecil) memaklumkan rumah yang dihuni seluruh keluarga isterinya di Gaza telah dibom semalam. - Gambar hiasan AFP

PETALING JAYA – “Rumah yang didiami seluruh keluarga sebelah isteri dibom. Kami tidak dapat kongsikan jumlah syuhada buat masa ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah”.

Itu perkongsian terbaharu Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman menerusi hantaran di Facebook beliau sebentar tadi.

Nadir memaklumkan, beliau menerima perkhabaran duka itu sewaktu mengadakan ceramah di Terengganu semalam.

Bagaimanapun, beliau masih belum mengetahui berapa ramai ahli keluarga sebelah isterinya terkorban dalam serangan Tentera Israel itu.

Difahamkan, kesemua mereka masih berada di Semenanjung Gaza dan belum dapat keluar dari kawasan bergolak tersebut.

Terdahulu, media tempatan melaporkan, Israel dan kumpulan Hamas bersetuju membuat perjanjian mengenai pertukaran tahanan.

Selepas enam jam berbahas, satu perjanjian diluluskan Israel yang mana 50 tebusan terdiri daripada kanak-kanak, ibu dan wanita tua yang ditahan Hamas di Gaza akan dibebaskan sebagai pertukaran untuk gencatan senjata selama empat hari.

Sebelum ini media melaporkan sekurang-kurangnya 13,000 rakyat Palestin terkorban, manakala 30,000 mangsa lain cedera susulan Zionis Israel melancarkan serangan ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI