fbpx

Konflik Palestin-Israel: Jordan tingkat anggota tentera di sempadan Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Angkatan Bersenjata Jordan berkawad semasa latihan ketenteraan pelbagai negara di lokasi tidak didedahkan di Jordan pada 4 September 2022. - AFP

AMMAN, Jordan – Jordan menambah bilangan tentera yang ditempatkan di sepanjang sempadan Israel serta memberi amaran bahawa tindakan memaksa rakyat Palestin menyeberangi Sungai Jordan adalah melanggar perjanjian damai kedua-dua pihak, lapor akhbar Arab News semalam.

Perdana Menterinya, Bisher Khasawneh berkata, Jordan akan mengguna semua cara dalam kuasanya untuk menghalang Israel daripada melaksanakan sebarang dasar pemindahan bagi mengusir rakyat Palestin secara beramai-ramai dari Tebing Barat.

Konflik Palestin-Israel telah menimbulkan ketegangan berpanjangan di Jordan yang menempatkan sebahagian besar pelarian Palestin.

“Sebarang perpindahan atau cubaan mewujudkan keadaan itu, akan dianggap oleh Jordan sebagai pengisytiharan perang dan merupakan pelanggaran perjanjian damai,” lapor media kerajaan.

Ia memetik Bisher sebagai merujuk kepada perjanjian damai 1994 dengan Israel.

Jordan ialah negara Arab kedua selepas Mesir yang menandatangani perjanjian damai dan mempunyai hubungan keselamatan kukuh dengan Israel. Namun, ia merudum sejak Israel diperintah oleh pentadbiran paling kanan dalam sejarahnya. 

Menurut Bisher, penempatan tenteranya di sepanjang sempadan dengan Israel baru-baru ini adalah sebahagian daripada langkah untuk melindungi keselamatan Jordan.

Penduduk dilaporkan melihat armada besar kenderaan berperisai dan kereta kebal bergerak di sepanjang lebuh raya utama menuju ke Lembah Jordan, bertentangan dengan Tebing Barat sejak beberapa hari lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI