fbpx

Kim Swee simpati ‘trauma’ The Red Warriors

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM SWEE percaya pemain-pemain muda TRW akan 'fobia' dengan sukan bola sepak selepas melalui rentetan kekalahan memalukan sepanjang tahun ini.

KETUA jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengakui agak bersimpati dengan nasib yang menimpa pasukan Kelantan FC selepas anak-anak buahnya tidak memberikan ‘belas ihsan’ apabila melakar kemenangan 7-0 pada aksi Liga Super kelmarin.

Menurut Kim Swee, istilah simpati tiada dalam kamus bola sepak ketika berada di atas padang, tetapi situasi berbeza selepas di luar padang apabila wisel penamat ditiupkan.

Kim Swee berkata, barisan pemain The Red Warriors (TRW) tidak mustahil akan ‘fobia’ ­dengan sukan bola sepak selepas melalui rentetan kekalahan memalukan sepanjang tahun ini.

“Tiada istilah simpati di atas padang, tetapi di luar padang, saya tahu apa yang berlaku dalam skuad Kelantan FC adalah perkara yang menyedihkan dan tidak sepatutnya terjadi.

“Saya faham dengan kea­daan pasukan lawan, tetapi impak negatif bakal dialami oleh pemain-pemain muda ini apabila berterusan tewas dalam skala besar.

“Kemungkinan mereka fobia atau kurang minat untuk teruskan karier dalam bola sepak itu cukup tinggi dan harap mereka dapat kekal bersaing sehingga penghujung musim nanti,” katanya selepas tamat perlawanan.

Pada perlawanan di Stadium UiTM, Shah Alam itu, skuad The Rhinos berjaya melakar kemenangan hasil jaringan Jafri Firdaus Chew, Farhan Roslan, Rizal Ghazali, Irfan Fazail, Telmo Castanheira, Ramon Machado dan S. Kumaahran.

Mengulas perlawanan kelmarin, Kim Swee mengakui barisan pemain telah mempamerkan prestasi ampuh walaupun tanpa kelibat pemain utama seperti Dominic Tan, Stuart Wilkin dan Darren Lok yang bertugas bersama skuad kebangsaan Harimau Malaya.

“Kita akan mengharungi jadual yang agak padat dan pemain-pemain yang sebelum ini jarang mendapatkan minit permainan berjaya tampilkan aksi yang cukup positif untuk membantu pasukan melakar kemenangan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI