fbpx

Keterangan pegawai kanan agensi penguat kuasa diambil esok – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin.

KUALA LUMPUR – Polis akan merekod keterangan pegawai kanan agensi penguat kuasa susulan dakwaan terhadapnya babit kes gangguan seksual terhadap seorang wanita, esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, keterangan pegawai itu akan diambil oleh pihak Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

“Rakaman percakapan pegawai itu akan diambil pada esok (Khamis), pukul 2.30 petang,” katanya kepada media hari ini.

Semalam, media melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan babit dakwaan kes gangguan seksual membabitkan seorang pegawai terbabit terhadap seorang wanita.

Kes disiasat di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan, Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Sebelum itu, tular satu laporan polis oleh seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang juga perunding kewangan membuat mendakwa pegawai terbabit mengganggunya di WhatsApp sejak tahun lalu.

Menurut laporan itu, ketua pengarah terbabit pernah beberapa kali mempelawa mangsa untuk berjumpa di hotel dan pusat karaoke selain turut menerima perkongsian video dan perbualan lucah.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI