fbpx

Kelantan dapat kebenaran bangunkan REE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Fadzli ketika menjawab soalan Mohd. Syahbuddin pada sidang DUN Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan sudah mendapat kebenaran daripada Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan bahan mentah nadir bumi (REE) yang terdapat negeri ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, bagaimanapun, kajian pihak Tanah dan Galian (PTG) negeri diperlukan sebelum melaksanakan perkara tersebut.

“Kerajaan negeri sudah mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dalam melaksanakan perkara tersebut seperti ketetapan dibuat oleh Kerajaan Persekutuan.

“Banyak prosedur yang perlu dilalui di peringkat negeri dan persekutuan termasuk Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA). Saya difahamkan, antara prosedur melibatkan EIA akan mengambil masa dua hingga tiga tahun.

“Kita mengharapkan sama ada di peringkat kerajaan negeri atau persekutuan akan mencari jalan untuk mempermudahkan dan mempercepatkan urusan ini,” katanya semasa menjawab soalan Mohd. Syahbuddin Hashim (BN-Galas) pada sidang DUN Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Mohamed Fadzli yang merupakan ADUN Temangan memberitahu, penerokaan REE di negeri ini boleh menjana hasil sehingga RM125 bilion atau mungkin lebih daripada jumlah tersebut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI