fbpx

DUN Pulau Pinang: Infrastruktur bekalan air di Sungai Bakap dirangka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zairil

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri melalui Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) telah merangka beberapa projek infrastruktur bekalan air untuk mengatasi masalah krisis air di Mukim 5, Sungai Bakap, dekat sini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari berkata, PBAPP telah merancang sebanyak empat projek infrastruktur bekalan air dengan kos pelaburan sebanyak RM24.6 juta.

“Sekiranya projek ini siap, ianya akan memberi manfaat kepada 18,066 pengguna secara keseluruhan.

“Antara projek yang dirancang ialah Loji pengapungan udara terlarut (DAF) 10 juta liter sehari (JLH) baharu di Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Panchor; LRA Kompak 2.4 JLH di Sungai Kerian; tangki sedutan baharu di Rumah Pam Taman Widuri dan Taman Wellesley serta dua LRA mudah alih di Taman Sungai Duri Indah,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang disini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Nor Zamri Latiff (Pas-Sungai Bakap) mengenai langkah kerajaan negeri untuk mengatasi krisis air di Mukum 5, Sungai Bakap yang menyebabkan penduduk terkesan semenjak tahun 2019.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI