fbpx

Bayi pramatang maut selepas dijadikan ‘content’ fotografi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar bayi itu diambil tanpa kebenaran keluarga mangsa. - Instagram

JAKARTA – Seorang bayi pramatang yang baru dilahirkan dilaporkan meninggal dunia akibat kesilapan sebuah klinik di Tasikmalaya, wilayah Jawa Barat, lapor laman berita Yoursay.id semalam.

Bayi seberat 1.7 kilogram itu didakwa dijadikan kandungan untuk sesi fotografi bayi baru lahir yang dijalankan tanpa pengetahuan keluarganya.

Kejadian itu tular selepas pengguna akaun Instagram @nadiaanastasyasilvera, yang merupakan kakak kepada bapa bayi tersebut berkongsi kronologi kes kematian mangsa.

Pada 13 November lalu sekitar pukul 10 malam (waktu tempatan), bayi tersebut dilahirkan ketika usia kandungan mencecah 36 minggu. Keesokan harinya, bayi itu dimandikan dengan agak lama oleh kakitangan.

Keluarga tersebut juga keliru kerana bayi yang dilahirkan secara pramatang dibenarkan pulang keesokan harinya tanpa dimasukkan ke dalam inkubator terlebih dahulu.

Pada pukul 9 malam (waktu tempatan) keesokan harinya, bayi itu didapati tidak bergerak dan tidak mempunyai degupan jantung.

Keluarga tersebut berhasrat merujuk bayi itu di klinik terbabit, namun ia ditutup. 

Mereka kini mahu menuntut keadilan dengan membawa kes itu ke mahkamah. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI