fbpx

Bayi patah paha: Pengasuh mengaku tidak bersalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Anis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang atas dakwaan menganiaya seorang bayi perempuan berusia empat bulan sehingga cedera di Dengkil, Rabu lalu.-FOTO FAIZ ALIF ZUBIR

SEPANG- Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan menganiaya seorang bayi perempuan berusia empat bulan sehingga patah paha pada Rabu lalu.

Tertuduh, Nur Anis Idayu Mohd. Khir @ Mohd. Khari, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Dr. Azrol Abdullah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, suspek didakwa telah menganiaya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap seorang bayi perempuan di bawah pemeliharaan.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah unit kediaman di Jalan Southville, Southville City, Dengkil di antara pukul 11 pagi hingga 5.43 petang, 15 November lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Shazwani Abdullah, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd. Ridzwan Warisi.

Sebelum itu, Nor Shazwani tidak menawarkan sebarang ikat jamin memandangkan kesalahan bawah seksyen berkenaan tidak boleh dijamin.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat iaitu dilarang mendekati dan mengganggu saksi serta mangsa.

Sebutan kes ditetapkan 20 Disember depan untuk serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI