fbpx

Batal terjun selepas dipujuk bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memujuk seorang lelaki yang cuba terjun bangunan di QEH, Kota Kinabalu malam tadi.

KOTA KINABALU – Pasukan bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada terjun dari bumbung tingkat 11 bangunan Hospital Queen Elizabeth (QEH) malam tadi.

Dalam kejadian sekitar pukul 9 malam itu, pasukan bomba mengambil masa lebih sejam untuk memujuk mangsa sebelum lelaki berusia 43 tahun itu mengalah.

Kejadian hanya disedari oleh pengawal keselamatan ketika menjalankan rondaan sebelum bertindak menghubungi talian kecemasan 999 pada pukul 9.13 malam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan itu, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu terus bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota bertugas mendapati seorang lelaki sedang berada di bumbung tingkat 11 hospital. Pasukan bomba dan pengawal keselamatan hospital mengambil masa lebih sejam untuk memujuk lelaki berusia terbabit.

“Bagaimanapun, lelaki itu berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI