fbpx

Anak ‘cagar’ ibu tanggung hutang along

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIOW (tengah) dan Wern Yiing (kanan) mengadakan sidang akhbar berkaitan sindiket ahlong di Pejabat Khidmat ADUN Johor Jaya, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang anak sanggup ‘mencagar’ ibu kandungnya kepada along bagi melunaskan hutang RM18,000 akibat kemaruk berjudi dalam talian.

Lebih teruk, pinjaman along itu bukan pertama kali dibuat lelaki berusia 41 tahun malah sudah memasuki kali ketiga.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Tiow, 63, berkata, ugutan daripada sembilan kumpulan along berbeza itu bukan pertama kali diterimanya.

“Beberapa tahun sebelum ini, anak lelaki saya itu pernah meminjam wang dan hutang itu telah diselesaikan. Kemudian pada bulan September lalu, dia turut membantu membayar hutang ahlong dibuat anaknya itu sebanyak RM12,000.

“Pada bulan ini, dia sekali lagi diugut sembilan kumpulan ahlong berbeza yang menuntut bayaran berjumlah RM18,000 dipinjam anaknya yang dihabiskan untuk bermain judi dalam talian.

“Saya tidak mahu ada hubungan lagi dengan dia, bukan saya yang meminjam wang berkenaan jadi mengapa along perlu mengejar dan mengugut saya sehingga menyebabkan saya hidup dalam ketakutan,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Pejabat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, di sini hari ini.

Tambah ibu tunggal itu lagi, dia telah menghabiskan wang simpanan ditinggalkan bekas suaminya yang telah meninggal dunia empat tahun lalu semata-mata untuk membayar hutang anak lelakinya itu.

“Saya sendiri tiada pendapatan tetapi kumpulan ahlong ini menelefon dan memberi mesej ugutan setiap hari, disebabkan takut saya tinggalkan kediaman sendiri dan kini menetap bersama anak perempuan di tempat lain.

“Anak lelaki saya itu kini tidak bekerja lagi, walaupun masih boleh berhubung dengannya tetapi dia hanya meminta saya membayar hutang-hutangnya, dia yang minta ahlong itu mencari saya.

“Oleh itu, saya telah buat dua laporan polis di Balai Polis Masai berhubung perkara ini, saya tidak mahu dikaitkan dengan dia lagi,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI