fbpx

Ahmad Dhani, Maia Estianty berbaik demi anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAIA dan bekas suaminya Ahmad Dhani terlihat mesra sewaktu sama-sama menyaksikan saat kemenangan anak kedua mereka, El Rumi.

PERLAWANAN tinju antara pemuzik, El Rumi dan aktor Jefri Nichol di Mahaka Square Kelapa Gading, Jakarta pada Jumaat minggu lalu menyaksikan detik pertemuan santai antara Ahmad Dhani dan bekas isterinya, Maia Estianty.

Mereka hadir bagi menyalurkan sokongan terhadap putera kedua mereka yang beradu tenaga dengan rakan seperjuangan dalam sukan tersebut.

Bukan kemenangan El Rumi atau nama sebenarnya Ahmad El Jallaludin Rumi, 24, menjadi sorotan khalayak, sebaliknya kemesraan ibu bapanya hangat menjadi perbualan umum.
Ahmad Dhani dan Maia yang bercerai pada 2008 dilihat seolah-olah sudah boleh berinteraksi ketika menemani anak mereka mendapatkan bantuan oksigen di tepi gelanggang.

Momen berkenaan turut dikongsi dalam saluran YouTube Ahmad Dhani yang masuk ke ruang menunggu dan seterusnya bersalaman dengan bekas isterinya.

Maia nampak terkejut, namun komunikasi antara mereka berlangsung dengan baik bermula dari El Rumi berada dalam gelanggang sehingga diumumkan sebagai pemenang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI