JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) melantik Jeneral Agus Subiyanto sebagai Panglima Tentera Indonesia (TNI) di Istana Negara, Jakarta hari ini, lapor Sekretariat Kabinet negara itu.
Dalam majlis pelantikan itu, Jokowi menyematkan pangkat dan menyerahkan tongkat komando Panglima TNI kepada Agus, 56, sebelum panglima baharu itu membaca ikrar jawatan atau sumpah jabatan.
“Demi Allah, saya bersumpah bahawa saya akan setia kepada Negara Kesatuan Republik Indonesia yang berdasarkan Pancasila dan Undang-Undang Dasar Negara Republik Indonesia Tahun 1945 serta akan menjalankan segala peraturan dengan selurus-lurusnya demi dedikasi saya kepada bangsa dan negara,” katanya ketika melafazkan sumpah di hadapan Presiden Jokowi.
Sebelum menjadi panglima, Agus berkhidmat sebagai Ketua Staf TNI Angkatan Darat (KSAD).
Jeneral Agus menggantikan pendahulunya, Laksamana Yudo Margono, 57, yang mencapai umur persaraan wajib. – Agensi