fbpx

376 penduduk tiga daerah di Kelantan terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan laluan utama di Kampung Dalam Rhu, Pasir Puteh yang dinaiki air petang semalam. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Seramai 376 penduduk daripada 97 buah keluarga di tiga daerah di negeri ini dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) apabila rumah mereka terjejas banjir hari ini.

Sekreteriat Pengurusan Banjir Negeri Kelantan dalam satu kenyataan berkata, setakat pukul 8 pagi tadi, tiga buah daerah terjejas banjir iaitu Pasir Puteh, Bachok dan Machang.

Menurutnya, sebanyak empat buah PPS yang menempatkan 302 mangsa dibuka di Pasir Puteh dan seramai 69 mangsa ditempatkan di dua PPS di Bachok.

“Hanya satu PPS dibuka di Machang iaitu di Sekolah Kebangsaan Pak Roman yang menempatkan lima mangsa daripada sebuah keluarga.

“Tujuh sungai utama di Kelantan mencatatkan bacaan normal, namun Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada paras amaran dan Sungai Semerak di Jambatan Melor pula berjaga-jaga,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI