fbpx

Warga emas cedera tersepit dalam kereta Perodua Kancil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba ketika menjalankan operasi mengeluarkan warga emas yang tersepit dalam kereta Perodua Kancil di Kepala Batas, malam tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki warga emas cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Pongsu Seribu, Kepala Batas di sini, malam tadi.

Jurucakap bomba negeri berkata, operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Nazril Syazwan Khalil bersama pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira pukul 8.03 malam.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian didapati berlaku kemalangan jalan raya yang melibatkan dua kenderaan iaitu Perodua Kancil dan Perodua Bezza.

“Terdapat seorang mangsa lelaki warga emas berbangsa Melayu berusia 71 tahun telah tersepit pada bahagian pemandu kereta Kancil.

“Kita berjaya mengeluarkan mangsa menggunakan ‘reacue tool’,” katanya kepada pemberita di sini, malam ini.

Tambahnya, mangsa kemudiannya diserahkan kepada kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk rawatan.

Operasi menyelamat tamat sepenuhnya pukul 8.33 malam tadi. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI