fbpx

TikTok Shop perlu lesen atau tidak belum diputuskan – Nie Ching

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Keputusan sama ada TikTok Shop diwajibkan mempunyai lesen e-dagang di negara ini selepas Indonesia yang mengharamkan transaksi e-dagang di platform TikTok berkuat kuasa serta-merta pada 4 Oktober lalu masih belum diputuskan.

Memaklumkan perkara itu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Teo Nie Ching berkata, pihaknya belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara dan perbincangan dengan kementerian lain sedang diadakan.

“Saya sendiri telah mengadakan mesyuarat dengan TikTok untuk tahu bagaimana TikTok Shop beroperasi di Malaysia. Hasil daripada mesyuarat tersebut menunjukkan bahawa 96 peratus penjual di TikTok Shop adalah dari Malaysia.

“Hanya empat peratus dari luar negara dan bukan sahaja TikTok Shop atau e-vendor itu mendapat pendapatan tetapi ‘content creator’ atau affiliate yang membantu suatu kedai mempromosi produk mereka, mereka juga dapat keuntungan daripada konten yang dicipta,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN- Kuala Kangsar) tentang langkah kerajaan sama ada akan menamatkan perkhidmatan TikTok Shop di negara ini seperti yang dilakukan negara jiran Indonesia.

Terdahulu, ketika menjawab soalan asal berkaitan cadangan melesenkan penyedia platform besar seperti Google, Meta, dan TikTok, Nie Ching berkata, pihaknya masih mengkaji keperluan tersebut.

Ini kerana katanya, penelitian atau kajian itu merangkumi pelbagai perkara termasuk implikasi dari sudut dasar terhadap perkhidmatan, aspek pelaburan dan perdagangan, kaedah percukaian serta aspek keselamatan pengguna di Malaysia.

“Pada masa ini belum ada sebarang keputusan atau pendirian yang dibuat oleh kerajaan berhubung perkara ini, bagaimanapun usaha-usaha awal telah dilaksanakan melalui beberapa siri libat urus.

“Ini bertujuan untuk membincangkan dan mendapatkan input dan maklum balas daripada pelbagai pemegang taruh serta pihak berkepentingan di Malaysia berhubung perkara ini,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI